saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/07/2012

Scha terus dilimpahi rezeki

Mana satu nak dipilih ni? Dua-dua berkenan di hati.

JANGAN ingat Scha Al-Yahya seorang yang pentingkan jenama semata-mata. Sebenarnya isteri kepada Ahmad Awaluddin Ashaari atau Awal Ashaari itu seorang yang sangat bersederhana dalam penampilan dan kehidupan sehariannya.

Bagi Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al- Yahya, 29, jika produk itu menarik minat dan berkualiti, tanpa mengira jenama dia tetap akan mendapatkannya.

Berdasarkan sikapnya yang sederhana itu dan popularitinya di kalangan masyarakat tempatan, membuatkan pihak pengurusan Kenangan Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur, memilihnya sebagai jurucakap.

Scha yang terkenal dengan watak Dania dalam drama bersiri Awan Dania berkata, selepas bergelar isteri rezekinya tidak berkurangan, sebaliknya semakin bertambah.

"Alhamdulillah, rezeki tak putus. Sebenarnya tawaran jadi jurucakap ini sudah lama, mereka sanggup tunggu Scha. Scha ambil masa dua bulan sebelum beri kata putus.

"Scha buat penyelidikan dulu dan bila puas hati barulah setuju. Scha lihat KWC ini boleh menjadi tempat sehenti untuk membeli belah kepada sesiapa sahaja, daripada yang bekerja atau pun pelajar," katanya.

Dia menganggap pelantikannya sebagai jurucakap pusat membeli-belah pakaian itu adalah selari dengan minatnya p