saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/07/2012

Bubur lambuk Utusan, Bernas

PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin mengagihkan bubur lambuk tajaan Kumpulan Utusan dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) kepada orang ramai di pekarangan Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Mohamed Nazim Razak (kanan) dan Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat Bernas, Datuk Roslan Othman (bersongkok).- UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sempena meraikan Ramadan, Kumpulan Utusan bersama Padiberas Nasional Berhad (Bernas) mengadakan kerjasama mengagihkan 7,500 bungkus bubur lambur Masjid Jamek Kampung Baru kepada umat Islam di sekitar ibu kota hari ini.

Inisiatif kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan kali keempat dianjurkan dengan kerjasama kedua-dua syarikat tersebut.

Pengarah Urusan Bernas, Datuk Bakry Hamzah berkata, pihaknya melakukan kelainan berbanding tahun sebelum ini dengan memberikan sumbangan kepada tiga rumah anak yatim.

Program tersebut merupakan salah satu kempen ‘Secupak Budi, Sepenuh Hati’ iaitu pihaknya mengagih-agihkan sumbangan hampir RM2.25 juta atau bersamaan 900,000 kilogram (kg) beras ke rumah anak yatim terpilih di seluruh negara.

Mengulas penyediaan bubur lambuk, beliau menjelaskan, sebanyak 75 kg beras digunakan bagi menyediakan kesemua bubur lambuk yang dimasak dalam 15 periuk.

“Penyediaan kesemua bubur lambuk ini bermula pada pukul 8 pagi dan selesai dibungkus kira-kira pukul 12 tengah hari," katanya pada majlis pengagihan bubur lambuk tersebut di sini.

Pada majlis sama, Kumpulan Utusan dan Bernas masing-masing turut menyumbang wang sebanyak RM1,000 untuk kegunaan Masjid Jamek Kampung Baru pada bulan Ramadan.

Replika cek itu disampaikan kepada Pengerusi masjid, Datuk Idris Shaari Mat Idris.

Kumpulan Utusan diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran, Mohd. Basir Abdul Rahim dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor.

Sementara Bernas pula turut diwakili Pengerusinya, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Syed Hassan Shahabudin dan Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tarmizi Mohd. Hariri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.