27/05/2007

Arah tepat kiblat boleh ditentukan esok

Arah tepat kiblat boleh ditentukan esok

KUALA LUMPUR 26 Mei – Umat Islam boleh menentukan arah kiblat yang betul pada pukul 5.18 petang Isnin ini kerana ketika itu matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah.

Menurut pendakwah bebas Mohd. Daud Che Ngah, umat Islam perlu menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin untuk menentukan arah kiblat yang tepat di tempat mereka.

‘’Selama ini kita menggunakan alat khas termasuk kompas untuk menentukan arah kiblat tetapi Isnin ini kita dapat menentukannya sendiri mengikut kedudukan matahari,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Fiqh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi berkata, setiap umat Islam perlu mengambil kesempatan itu untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat di rumah masing-masing.

“Kadangkala kita tidak sedar kemungkinan berlaku kesilapan dalam menentukan arah kiblat.

‘‘Dengan adanya kepakaran dan pengetahuan daripada ahli-ahli falak ini, saya berharap bukan sahaja orang ramai malah pihak masjid juga dapat memeriksa semula arah kiblat di tempat masing-masing,’’ katanya.

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]