Untitled Document

Ke arah mencapai status negara maju


DASAR Malaysia yang pragmatik dan fleksibel telah membolehkan ekonomi negara menghadapi keadaan yang mencabar. Langkah yang tegas telah dilaksanakan untuk memperluas dan mempelbagaikan asas ekonomi bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan. Usaha berterusan juga diambil untuk mengembangkan sektor perkhidmatan, meningkatkan nilai ditambah sektor pembuatan serta mempergiatkan sektor pertanian dan asas tani sebagai enjin ketiga pertumbuhan. Sumber pertumbuhan baru terus digalak dan dibangunkan, seperti bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, produk halal dan kewangan Islam. Kita juga giat membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan, dipacu oleh inovasi dan idea.

Bajet 2007 galakkan swasta terajui ekonomi


STRATEGI Bajet 2007 akan ditumpukan khususnya kepada usaha menggalakkan sektor swasta sebagai peneraju utama dalam pembangunan ekonomi dan menjana sumber kekayaan baru dalam sektor intensif teknologi dan pengetahuan.

Ekonomi Malaysia kukuh enam peratus


MALAYSIA, melalui sumber minyak mentahnya dan kenaikan harganya di pasaran, berada dalam keadaan lebih baik untuk menangani pertumbuhan global yang sederhana untuk meraih pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus tahun depan.

Sistem perbankan kekal mantap ekonomi


NISBAH modal berwajaran risiko (RWCR) dan nisbah modal teras (CCR) sistem perbankan tempatan kekal di paras yang tinggi sebanyak 12.9 peratus dan 10.1 peratus pada akhir bulan Jun lalu.

Ekonomi dunia diramalkan menyusut


PERTUMBUHAN ekonomi dunia diunjurkan menyusut kepada 4.7 peratus pada tahun depan berbanding 4.9 peratus tahun ini berikutan pertumbuhan negara-negara maju yang umumnya menunjukkan trend semakin sederhana.

Dasar monetari kekalkan tekanan pertumbuhan ekonomi


DASAR monetari pada tahun depan akan terus memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran kestabilan harga.

Semua sektor jadi penyumbang utama ekonomi


SEMUA sektor ekonomi pembuatan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan dijangka menyumbang secara positif kepada pertumbuhan yang kukuh tahun depan.

Imbangan pembayaran Malaysia terus kukuh


IMBANGAN pembayaran Malaysia bagi tahun depan dijangka kukuh dengan akaun semasa merekodkan lebihan yang besar untuk tahun ke-10 berturut-turut.

Perbelanjaan sektor swasta atasi sektor awam


PERBELANJAAN sektor swasta dijangka terus meningkat kepada 7.2 peratus pada tahun depan berbanding perbelanjaan sektor swasta menyederhana sebanyak 6.7 peratus, untuk menyokong kegiatan ekonomi domestik.

Perbelanjaan kerajaan dipertingkatkan


KERAJAAN akan meningkatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan sebanyak 11.6 peratus kepada RM157.496 bilion pada tahun 2007 berbanding tahun 2006.

Lagi »

 
© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.