Utusan Online
Untitled Document
 
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita


21/02/2008

Azeez fasih bahasa Tamil

Azeez fasih bahasa Tamil

SEBUT sahaja Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, terus terbayang dalam fikiran kita, ah! mat rempit.

Tetapi berapa ramai dalam kalangan kita yang mengetahui bahawa ‘pembela mat rempit’ itu bukan setakat memahami ‘bahasa mat rempit’ malah fasih berbahasa Tamil?

Beliau berjanji akan menggunakan kemahirannya itu untuk membantu Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 nanti.

‘‘Saya pandai berbahasa Tamil dan akan menggunakannya bagi menerangkan isu-isu semasa kepada masyarakat India,’’ katanya kepada pemberita di Baling, Kedah.

Bertuahlah bagi mereka yang mampu menguasai bukan sahaja bahasa Melayu dan Inggeris, malah pelbagai bahasa lain di dunia ini.


Error: E:\utusan\html\menarik_pilihanraya2008.htm is missing