Utusan Online
Untitled Document
 
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita


05/09/2008

Rasuah: Mazlan buat laporan kedua BPR

Rasuah: Mazlan buat laporan kedua BPR

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Veteran UMNO, Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan kedua kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwanya melakukan rasuah politik dalam pemilihan parti.

Beliau turut menyerahkan sebuah album mengandungi gambar, video dan dokumen bagi menyokong aduannya itu.

"Apa dalam album ini saya tidak boleh beri tahu dengan terperinci. Saya cuma minta perkara ini disiasat cepat," katanya kepada pemberita.

Anggota UMNO dari Muar, Datuk Kadar Ninam Shah, yang mengiringi Mazlan berkata pula, jika BPR masih tidak mengambil tindakan sepatutnya dalam tempoh tertentu, tindakan susulan akan dibuat.


Error: E:\utusan\html\menarik_pilihanraya2008.htm is missing