Utusan Online
Untitled Document
 
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita


07/11/2008

UPKO keluar BN jika paip gas diteruskan

UPKO keluar BN jika paip gas diteruskan

PENAMPANG 6 Nov. - Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) akan mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tetap meneruskan projek saluran paip gas bernilai RM3 bilion dari Kimanis, Sabah ke Kompleks Gas Asli Cecair Petronas di Bintulu, Sarawak.

Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok berkata, bantahan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, esok dan sebarang keputusan selepas itu akan mempengaruhi hala tuju UPKO.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya sudah beberapa kali membantah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri sebelum ini memberi jaminan tidak akan meneruskannya.

"Perdana Menteri sudah memaklumkan pada 31 Mei lalu bahawa projek ini tidak akan diteruskan. Kita akan menyeberang (keluar BN) jika projek tersebut tetap diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kaunter Aduan Bergerak Berpadu, Biro Pengaduan Awam (BPA) di Buhavan Square, Donggonggon di sini hari ini.

Dompok mengulas kenyataan Abdullah pada Ahad lalu, bahawa projek paip gas dengan jarak kira-kira 500 kilometer itu diteruskan dan berjanji Sabah akan turut menerima royalti daripadanya.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat perlu peka dan sensitif dengan perkara tersebut kerana projek berkenaan jelas tidak menguntungkan rakyat di Sabah.


Error: E:\utusan\html\menarik_pilihanraya2008.htm is missing