<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Datuk Suhaili Abdul Rahman
Datuk Suhaili Abdul Rahman
Nama: Datuk Suhaili Abdul Rahman
Umur: 43
Tarikh Lahir: 6 Mei 1941
Tempat Lahir: Labuan
Jawatan: Ahli Parlimen Labuan
AHLI Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO September ini berharap untuk membawa suara masyarakat Melayu pulau itu terutama ahli-ahli UMNO. Beliau mempunyai alasan yang cukup kuat untuk menawarkan diri merebut salah satu kerusi jawatan itu pada pemilihan parti pada September nanti.

"Labuan memerlukan seorang wakil yang dapat bersuara mewakili orang Melayu dan ahli UMNO di pulau tersebut, itu yang mendorong saya bertanding,'' katanya. Suhaili yakin sudah tiba masanya bagi Labuan yang telah diisytihar sebagai Wilayah Persekutuan sejak 20 tahun lalu mempunyai seorang wakil di peringkat MT.

"Demi penduduk Melayu khususnya dan ahli UMNO amnya di Pulau Labuan, saya sanggup mewakili suara mereka di peringkat yang lebih tinggi lagi di dalam parti,'' katanya yang menjadi Ahli Parlimen Labuan sejak 1999 lagi.

Justeru, beliau meletakkan harapan yang cukup tinggi agar para perwakilan nanti dapat memperuntukkan satu kerusi MT kepada pulau itu. "Saya merayu pada perwakilan, hanya satu kerusi demi penduduk Labuan yang memerlukan seorang wakil membahaskan setiap isu dan permasalahan pembangunan orang-orang Melayu dan ahli UMNO di pulau itu,'' tambah beliau yang bertanding buat pertama kalinya sebagai calon MT.

Ditanya mengenai peluangnya, Suhaili yakin boleh memenangi salah satu kerusi MT yang dipertandingkan itu. Katanya, setakat mempunyai wakil di Parlimen belum mencukupi untuk menyampaikan setiap permasalahan orang-orang Melayu di pulau itu memandangkan ruang yang ada di Dewan Rakyat cukup terhad untuk membahaskannya.

Sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan, Labuan berubah wajah dengan pesatnya tetapi bagi Suhaili masih banyak kekurangan dan keperluan yang harus disuarakan terutamanya dalam menjaga kepentingan orang-orang Melayu di pulau itu. Itulah yang membangkitkan hasrat Suhaili untuk bertanding jawatan MT dan sekali gus menjadi wakil bagi pulau bebas cukai tersebut yang mana majoriti penduduknya terdiri daripada Melayu Brunei dan Kadayan.

Suhaili yang dilahirkan pada 6 Mei 1961 di Kampung Ganggarak, Labuan, memiliki Sarjana Muda Sains (Ekonomi) University of London dan juga Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Strategi Pemasaran, University of Hull, United Kingdom. Beliau mula berkecimpung dalam dunia politik seawal usia 20-an pada tahun 1982 dengan bermula sebagai ahli biasa UMNO ketika parti itu mengembangkan sayapnya di Labuan.

Walaupun sibuk membabitkan diri dalam perniagaan, Suhaili antara salah seorang anak muda berkarisma dan banyak membantu parti yang ketika itu diketuai oleh seorang tokoh politik Labuan Senator Isli Siput untuk menguatkan kedudukan UMNO di pulau tersebut. Kestabilan politik dan kekuatan UMNO mengambil alih Labuan daripada kerajaan Berjaya pada tahun 1985 telah memutikkan keinginan Suhaili untuk menabur bakti membantu membangunkan orang-orang Melayu di situ.

Selepas menimba pengalaman dan mencurahkan khidmat dengan cemerlang dalam UMNO, akhirnya beliau diberi kepercayaan untuk bertanding pada pilihan raya tahun 1999 bagi kerusi Parlimen Labuan dan berjaya memenanginya. Dengan kewibawaan dan keupayaan yang ditunjukkan oleh beliau sebagai wakil rakyat, Suhaili sekali lagi mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen bagi sesi 2004/2005. - HALIMAH JULKIP

Kembali

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]