<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Nama: Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Umur: 56
Tarikh Lahir: 17 Januari 1948
Tempat Lahir: Kampung Gajah
Jawatan: Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak
CALON Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berazam menduduki kerusi berkenaan walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran termasuk bersaing dengan penyandang jawatan dan kemasukan beberapa calon baru.

Selepas memperoleh majoriti undi yang tinggi dalam pilihan raya umum lalu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah, beliau buat pertama kali mencuba nasib merebut salah satu kerusi MT pada pemilihan UMNO September ini.

Cita-citanya ialah mahu melihat orang Melayu sentiasa terus menikmati arus pembangunan yang sedia ada. Sejak berkecimpung dalam UMNO Bahagian Pasir Salak dan peringkat nasional lebih 30 tahun lalu, beliau banyak memberikan sumbangan kepada orang Melayu terutama golongan miskin.

Beliau yang mudah didekati pernah menghadapi pahit getir memperjuangkan nasib dan ketuanan Melayu sehingga tersenarai bersama beberapa pemimpin lain dalam barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang ditangkap polis pada 1987 melalui Operasi Lalang.

Kegetiran itu tidak berakhir begitu sahaja apabila beliau dihalang menyertai semula UMNO pada 1988 berikutan pembubaran UMNO lama. Tajuddin diterima semula menjadi ahli UMNO pada 1990 apabila tuduhan beliau menyertai Parti Semangat 46 dianggap tidak berasas.

Bagaimanapun beliau dipecat oleh MT UMNO pada 1995 kerana dikatakan terbabit dengan politik wang untuk menentang Ketua UMNO Bahagian yang ketika itu disandang Tan Sri Ramli Ngah Talib yang juga Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun beliau diterima semula ke dalam parti tanpa syarat pada 1998 dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak pada tahun 2000 tanpa bertanding. Pada pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian itu.

Walaupun sentiasa berhadapan suka dan duka dalam politik, Tajuddin tidak pernah berkecil hati termasuk ketika tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya atau disingkirkan dari parti.

Beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak (1982-1988), Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak (1986-1988) dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (1986-1988).

Bagaimanapun peluang yang diberikan untuk bertanding di DUN Kampung Gajah pada pilihan raya umum lalu merupakan hasil kesabaran, kesetiaan dan komitmennya kepada parti. Ia juga merupakan peluang kepada beliau untuk meneruskan cita-cita membela rakyat miskin di luar bandar.

``Saya tidak mahu mengenang semula peristiwa pahit yang menimpa diri saya sebelum ini sebaliknya mahu menumpukan perhatian untuk terus berkhidmat kepada orang Melayu dengan cemerlang sekiranya terpilih sebagai ahli MT nanti,'' katanya.

Tajuddin berkata, ada beberapa perwakilan mahu sebahagian ahli MT disertai kalangan pemimpin Melayu yang tidak memegang sebarang jawatan penting dalam Kabinet kerajaan. Menurutnya, mereka mahu dasar kerajaan yang membabitkan kepentingan Melayu diambil kira daripada pandangan ahli MT.

Beliau yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kepujian, Universiti Malaya terkenal dengan keberanian serta kelantangan menyuarakan pandangan mengenai isu kepentingan Melayu. Beliau juga merupakan antara calon MT yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Malah Badan Perhubungan UMNO Perak turut memberi kepercayaan kepada beliau membahaskan usul ekonomi dalam perhimpunan parti itu September ini. - ABDUL RAZAK DIN

Kembali

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]