19/05/2007

Tuanku Zara Salim diisytihar Raja Puan Besar Perak

Tuanku Zara Salim diisytihar Raja Puan Besar Perak

Oleh: ANI AWANG dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI


SULTAN Azlan Shah menganugerahkan Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati (DKSA) kepada Tuanku Zara Salim pada Istiadat Perisytiharan dan Penganugerahan Gelaran Raja Puan Besar Perak di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, semalam. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah turut berangkat menyaksikan istiadat itu.Raja Nazrin dan Tuanku Zara dinikahkan dalam satu istiadat perkahwinan diraja kelmarin.

KUALA KANGSAR 18 Mei – Isteri Raja Muda Perak, Tuanku Zara Salim hari ini diisytiharkan sebagai Raja Puan Besar Perak dalam Istiadat Pengisytiharan dan Penganugerahan Darjah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, di sini.

Baginda yang diijab kabul semalam, kini dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan.

Pada istiadat tersebut, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja, Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain membacakan pengisytiharan kurnia gelaran yang diperkenankan oleh Sultan Perak.

Sebaik selesai pengisytiharan tersebut, nobat dipalu dan mereka yang hadir melaungkan “Daulat, Daulat, Daulat.’’

Pelantikan Tuanku Zara, 34, cicit kepada Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah, sebagai Raja Puan Besar Perak dibuat bagi mengisi kekosongan gelaran itu sejak dua dekad lalu.

Pengurniaan gelaran itu dibuat mengikut Bahagian Kedua Fasal 35(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang memperuntukkan Sultan Perak mengurniakan gelaran itu kepada isteri Raja Muda Perak.

Gelaran Raja Puan Besar Perak kosong sejak April 1987 berikutan kemangkatan Raja Muda Perak, Raja Ahmad Siffuddin Sultan Iskandar Shah.

Gelaran terakhir itu disandang oleh isteri Almarhum Raja Ahmad Siffuddin, Raja Nor Izan Raja Abdul Rashid selama tiga tahun dengan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia. Raja Nor Izan meninggal dunia pada 14 Julai 1998.

Dalam istiadat yang sama, Sultan Azlan juga berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Sultan Azlan Shah (DKSA) iaitu darjah tertinggi yang dikurniakan khas kepada ahli-ahli keluarga diraja kepada Tuanku Zara.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayob Hashim dalam satu kenyataan memberitahu, istiadat yang berlangsung pada pukul 9.30 pagi itu disaksikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Di Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Turut hadir pada istiadat tersebut ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli dan isteri, Datin Seri Kamariah Mokri serta ibu bapa Tuanku Zara, Salim Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin.

Tuanku Zara yang berpakaian kebaya labuh berenda Perancis berwarna emas dengan taburan manik berwarna ungu, firus dan merah jambu menghadap Sultan Perak untuk menerima watikah pengisytiharan gelaran tersebut.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria membacakan doa selepas majlis itu.

Tuanku Zara, merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, Salim Davidson merupakan peguam terkemuka dan ibunya Sharifah Azaliah ialah anak Menteri Besar Kedah ketiga, Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah Shahabudin.

Baginda berkelulusan kejuruteraan kimia dari Universiti Nottingham dan pernah bertugas dengan Petronas sebelum menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembangunan perisian dan kejuruteraan teknikal hidrokarbon di Kuala Lumpur.

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]