http://www.utusan.com.my
http://www.umno-online.com
Perhimpunan Agung UMNO:
UMNO2004
UMNO2003
UMNO2002
UMNO2001
UMNO2000 KHAS
UMNO2000

 


19/04/2007

PAC kesan kelemahan perancangan lebuh raya

PAC kesan kelemahan perancangan lebuh raya

KUALA LUMPUR 18 April – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendakwa wujud kelemahan membabitkan perancangan dan pelaksanaan jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat dengan projek Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya bernilai RM1.2 bilion.

Pengerusinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kelemahan paling ketara ialah tiada sebarang langkah diambil untuk mengambil alih tanah di Bandar Baru Sri Petaling bagi pembinaan lebuh raya itu walaupun setelah mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun 1999.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula meluluskan satu projek perumahan kepada pemaju, Petaling Garden Sdn. Bhd. di atas tanah ini yang sepatutnya dikhususkan untuk pembinaan lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai rombongan ahli PAC yang turut dianggotai wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP, melawat rumah penduduk yang terjejas akibat projek lebuh raya enam lorong sejauh 26 kilometer itu di Bandar Baru Sri Petaling di sini, hari ini.

Pembinaan lebuh raya yang bermula pada tahun 2002 dari bulatan Kampung Pandan dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban mendapat bantahan penduduk kerana didakwa menyebabkan pencemaran alam sekitar dan bunyi bising.

Daripada 188 rumah terlibat, sebanyak 34 buah mengalami keretakan berikutan kedudukan terlalu hampir iaitu kira-kira dua meter dari lebuh raya.

Mengikut garis panduan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) setiap pembinaan lebuh raya di negara ini mesti mempunyai zon penampan sejauh 19 meter.

Sehubungan itu, kata Shahrir, PAC akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mencadangkan kerajaan mengambil alih tanah milik penduduk terbabit dengan kos keseluruhan kira-kira RM80 juta.

Katanya, langkah itu boleh dilakukan oleh kerajaan sendiri atau syarikat konsesi Konsortium Lapangan Terjaya Sdn. Bhd. dan segala kos diserapkan dalam kutipan tol.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Lebuh Raya Persatuan Penduduk Sri Petaling, Lau Kien Foh berkata, pihaknya mencadangkan dua pilihan lain sekiranya kerajaan enggan mengambil alih tanah penduduk.

Beliau berkata, pilihan pertama ialah membayar pampasan kepada penduduk berikutan nilai rumah yang dibeli dengan harga kira-kira RM400,000 sebuah telah merosot sehingga 25 peratus berikutan pembinaan lebuh raya berkenaan.

“Pilihan kedua ialah menukar status tanah kepada lot komersial bagi membolehkan ia diubah suai oleh penduduk menjadi kedai dan pejabat yang kemudiannya dijual kepada pembeli berminat,” katanya.

Hantar sembang ke [email protected] tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
[sembang6]Pemuda UMNO KEDAH harus diberi penekanan terhadap perjuangan UMNO dari peringkat cawangan dengan serius.
[sembang2]bincangkan pasal memertabatkan bahasa kita...masa memperbahaskan usul-usul oleh perwakilan kebanyakannya menyentuh pasal AP.....
[sembang3]Saranan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang Melayu menjadi Melayu Glokal tepat pada masa dan situasinya.....
[sembang4]Rafidah's inability to understand why some individuals are asking her to apologise to Tun is a reflection of her insensitivity.....
[sembang5]Orang kampong dah tau, para wakil ke persidangan adalah mereka yang terpilih. Tunjukkan kehebatan berhujjah.....
 
Utusan Malaysia :: Muka Hadapan
Banci Umno
BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...