http://www.utusan.com.my
http://www.umno-online.com
Perhimpunan Agung UMNO:
UMNO2004
UMNO2003
UMNO2002
UMNO2001
UMNO2000 KHAS
UMNO2000

 


09/12/2007

Banjir ragut empat nyawa, seorang lagi hilang

Banjir ragut empat nyawa, seorang lagi hilang


MAKIN BURUK...Seorang penduduk, Amiruddin Abdullah berusaha memindahkan anak lembu ternakannya apabila Kampung Pasir Kemudi di Kuantan dinaiki air, semalam. Banjir yang semakin buruk di Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu setakat ini mengorbankan empat orang, manakala seorang budak lelaki, Mohd. Irwan Mohd. Nazam (gambar kecil) dilaporkan hilang. Gambar GHAZALI BASRI.

KUALA LUMPUR 8 Dis. Banjir yang melanda Johor dan negeri-negeri di Pantai Timur mula memakan korban apabila empat termasuk seorang kanak-kanak mati lemas, manakala seorang lagi dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras.

Sebanyak 4,990 mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Empat kematian dicatat di Kelantan sementara satu lagi di Johor.

Dalam kejadian pertama, seorang remaja lembam, Mohd. Halimin Hussein, 19, dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Rasau, Pasir Puteh, dekat sini awal pagi ini.

Ibunya, Norazizon Mohd. Noor, 42, berkata, anaknya yang mengalami sindrom down disedari keluar dari rumah kira-kira pukul 6.45 pagi ketika hendak mengejutkannya menunaikan solat Subuh.

Dalam satu kejadian lain mayat seorang kanak-kanak di Kampung Bukit Bidang, juga di Pasir Puteh, ditemui di dasar Sungai Penambang pada pukul 4 petang semalam menerusi operasi mencari yang dijalankan pasukan bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan penduduk kampung.

Pegawai Penjaga Balai Bomba Pasir Puteh, Kaharudin Yahya berkata, Mohd. Shahir Habibullah Mohd. Razak berusia 2 tahun 8 bulan disedari hilang oleh ibunya, Sharifah Ismail, 36, pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Dalam kejadian ketiga, Asfanizam Azmi, 15, dipercayai lemas selepas mandi di sebuah parit berdekatan Sekolah Kebangsaan Paloh 3, Gua Musang, petang ini.

Dalam satu lagi kejadian di Tumpat, seorang kanak-kanak, Azman Abdul Halim, 7, dihanyutkan arus setelah terjatuh ke dalam longkang ketika bermain bersama rakannya kira-kira pukul 5 petang di Kampung Kok Majid.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.30 petang selepas mangsa yang tinggal di Kampung Paloh, dikatakan bersama tujuh rakannya bermain di parit tersebut ketika arus deras.

Di Segamat, Johor, seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Chodan, dekat Kampung Paya Pulai.

Mohd. Irwan Mohd. Nazam, 13, dipercayai tergelincir ke dalam arus deras dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari.

Sehingga pukul 8 malam ini, operasi tersebut masih gagal mengesan kanak-kanak itu dan operasi terpaksa dihentikan berikutan cuaca gelap.

Sementara itu banjir yang membabitkan tiga negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Johor semalam, hari ini turut melanda Terengganu dengan jumlah penduduk yang dipindahkan sehingga petang ini sebanyak 4,990 berbanding 5,500 semalam.

Di Kelantan, mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila 583 penduduk terpaksa dipindahkan ke 17 pusat pemindahan di enam jajahan sehingga lewat petang ini.

Penolong Pegawai Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Asisten Supritendan Mohd. Rosli Kadir berkata, dua laluan utama iaitu Jalan Kota Bharu - Pantai Cahaya Bulan dan Jalan Panglima Bayu - Rantau Panjang terpaksa ditutup kepada semua kenderaan untuk sementara waktu.

Beliau berkata, keadaan banjir di Kuala Krai agak serius selepas 168 penduduk dipindahkan ke empat pusat pemindahan diikuti oleh jajahan Gua Musang seramai 135 orang, Tanah Merah (133 penduduk), Jeli (98), Pasir Mas (42) dan Kota Bharu mencatatkan tujuh orang.

Di Pahang, bilangan mangsa banjir juga meningkat berbanding semalam apabila 1,031 orang penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di tiga buah daerah iaitu di Rompin, Kuantan dan Maran berbanding 940 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, daerah Rompin masih lagi mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat ini iaitu seramai 705 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat tersebut.

Di Johor keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa dipindahkan menurun kepada 3,376 orang mangsa berbanding semalam, 4,097 orang.

Sehingga pukul 2 petang ini hanya terdapat 22 pusat pemindahan sahaja lagi yang masih dibuka.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di daerah Segamat meningkat kepada 2,804 mangsa dan mereka ditempatkan di 17 pusat pemindahan.

Sementara itu, sehingga pukul 1.45 petang ini, Jabatan Meteorologi masih kekal dengan amaran hujan lebat peringkat merah di Johor.

Laporan daripada jabatan tersebut menunjukkan, hujan sederhana kadang kala lebat yang berlaku di Johor Utara dijangka berterusan sehingga hari ini

Di Terengganu kira-kira 1,000 orang di lima buah kampung di Permaisuri terputus hubungan apabila Jalan Kampung Buloh dinaiki air sedalam satu meter berikutan hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.

Kampung yang terlibat adalah Kampung Che Long, Kampung Besut, Kampung Padang, Kampung Ulu Seladang dan Kampung Sri Bakyas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu ketika dihubungi berkata, setakat ini tiada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berikutan keadaan masih terkawal.

Hantar sembang ke [email protected] tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
[sembang6]Pemuda UMNO KEDAH harus diberi penekanan terhadap perjuangan UMNO dari peringkat cawangan dengan serius.
[sembang2]bincangkan pasal memertabatkan bahasa kita...masa memperbahaskan usul-usul oleh perwakilan kebanyakannya menyentuh pasal AP.....
[sembang3]Saranan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang Melayu menjadi Melayu Glokal tepat pada masa dan situasinya.....
[sembang4]Rafidah's inability to understand why some individuals are asking her to apologise to Tun is a reflection of her insensitivity.....
[sembang5]Orang kampong dah tau, para wakil ke persidangan adalah mereka yang terpilih. Tunjukkan kehebatan berhujjah.....
 
Utusan Malaysia :: Muka Hadapan
Banci Umno
BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...