Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO 2000 (10 Mei)
Perhimpunan Agung UMNO 2000 (11-13 Mei)


 
 
 

 


Berita Masa Nyata

Berfikir Secara Parti Pembangkang - Dr. Mahathir
Oleh BAHAROM MAHUSIN
KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menyeru ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya mengubah corak kerja UMNO dengan berfikir seolah-olah mereka ahli parti pembangkang.

Kesetiaan Kepada Pemimpin Perlu Ada Batas
Oleh OTHMAN MOHAMAD
KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kesetiaan ahli-ahli UMNO kepada pemimpin perlu ada batasnya iaitu selagi ia tidak menghancurkan parti.

Saya masih boleh jadi PM
KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika pengerusi tetap UMNO boleh mengendalikan mesyuarat itu dengan baik dalam usianya 80 tahun, beliau juga masih mampu lagi menjadi Perdana Menteri.

Jangan Musuhi Penentang, Kata PM
oleh ROZAMAN ISMAIL
KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menasihati ahli-ahli UMNO supaya jangan memusuhi atau mendera golongan yang menentang kerajaan kerana tindakan tersebut akan merugikan parti itu sendiri.

Pak Lah Hargai Permintaan Dr. M
KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau amat menghargai permintaan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad kepada anggota UMNO supaya memberikan sokongan kepadanya.

PM Perturunkan Banyak Kerja Kepada TPM
Oleh ZULKIFLI HAMZAH
KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menurunkan banyak kerja Perdana Menteri kepada menteri-menteri kabinet terutamanya timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Reaksi Kepada Ucapan Penggulungan Presiden
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Naib Presiden
``KENYATAAN yang dibuat oleh Presiden supaya peralihan kuasa apabila ia berlaku nanti akan berlandaskan kepada tradisi, prinsip dalam parti iaitu Timbalan Presiden memang menggantikan Presiden.''

Muzakarah: UMNO Mahu Pas Tidak Bercakap Bohong
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
KUALA LUMPUR 13 Mei - UMNO sedia mengadakan muzakarah dengan Pas sekiranya parti itu sanggup menerima keputusan dan tidak bercakap bohong.

Pemimpin UMNO Diminta Setia Kepada Abdullah
KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mahu pemimpin UMNO setia pada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak mahu ada usaha penyingkiran dilakukan oleh mereka terhadap timbalannya itu.

Rafidah Mahu Muka Baru Dalam MT
Oleh ROSNI HASSAN
KUALA LUMPUR 13 Mei - Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang baru, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, beliau tidak mencadangkan nama Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman sebagai calon Majlis Tertinggi (MT) kerana mahu melihat muka baru dalam MT.

Lagi




© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: [email protected]